Sebaik-baik
sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan
basuh mangkuk persahabatan dengan duka.
Apabila
temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia
membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian
lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk
orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila
engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya
marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan
rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka
ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah
yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag
yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau
enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan
memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan
adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada
setiap zaman.
Manusia
yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling
lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang
siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka
seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki
daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah
mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa
daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat
sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan
orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman
kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan
kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji
sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan
menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu
pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat
yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat
yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa
mengingatkan kita.
Anjing
yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat
dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada
tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat
sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh
dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila
datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah
dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat
jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada
sahabat.
Supaya
engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang.
Sahabatmu
suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila
orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia
sanggup membuka matanya.
Musuhmu
adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan
ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling
mencontohi.
Apabila
orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai
tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah
kesalahannya.
Suatu
pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan
pendirian yang benar.
Manusia
memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang
malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau
menyalahkan takdir.
Mustahil
bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama
seperti menunda kekalahan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
terima kasih